Saat Nabi Muhammad Uzlah di Gua Hira’….

KETIKA umur beliau mendekati 40 tahun dan tatkala berbagai renungan yang dilakukannya telah membentangkan jarak pemikiran antara beliau dengan kaumnya, Nabi Muhammad mulai suka menyendiri.

BACA: Saat Orang Quraisy Pertama Kali Mendengar Al-Qur’an…..

Beliau membawa roti gandum dan bekal air lalu pergi ke Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, yang jauhnya kira-kira dua batu dari Mekah.

Ukuran Gua Hira sederhana, tidak terlalu besar. Dalamnya sepanjang empat engkol besi dan lebarnya 1 ¾ engkol besi. Sepanjang Nabi Muhammad berada di Gua Hira, Khadijah turut keluar dari Mekah dan tinggal berdekatan Gua Hira.

Beliau berdiam diri di Gua Hira sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ada orang miskin mendatangi gua itu, beliau tidak lupa memberi makanan untuknya.

Beliau menghabiskan waktu di dalamnya untuk beribadah dan memikirkan fenomena alam yang terjadi di sekeliling beliau serta kekuatan tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata.

Beliau tidak mendapat kepuasan hati menyaksikan apa yang ada pada kaumnya yang berupa keyakinan syirik yang membelenggu dan persepsi lemah yang dipenuhi dengan imaginasi tahyul.

Namun begitu, di hadapan beliau juga tidak ada jalan terang untuk keluar dari perkara itu, tidak juga jalan yang bisa dituju yang dapat membalut hati beliau dengan kepasukanman dan keredhaan.

Pilihan hidup beliau untuk melakukan uzlah (menyendiri dari masyarakat) merupakan salah satu rahasia Allah dalam mengatur diri beliau. Tujuannya adalah untuk mempersiapkan diri beliau sebelum menyambut urusan agung yang telah menanti beliau. Di situ, beliau bebas dari kesibukan dan hiruk-pikuk dunia serta perangai manusia yang sentiasa mewarnai kehidupan.

Seperti inilah beliau mempersiapkan dirinya untuk memikul amanah besar yang akan mengubah wajah dunia dan meluruskan garis sejarah. Allah menetapkan beliau melakukan uzlah selama tiga tahun sebelum membebankan risalah Islam di bahu beliau.

Beliau biasanya pergi menyendiri selama satu bulan penuh dengan hatinya yang merdeka, lalu merenungi keajaiban tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata ini. Hingga tibalah masanya Beliau berinteraksi dengan keajaiban tersebut tatkala Allah mengizinkannya.[]

Sumber: FIMADANI

Dapatkan konten-konten Islami baru dari Widiynews. Silahkan BAGIKAN artikel ini di media sosial dan jangan lupa kunjungi situs kami setiap hari.
Berita Terkait

KONTEN BERSPONSOR

Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Advertisements fund this website. Please disable your adblocking software or whitelist our website. Thank You!